Sunday 20 July 2014

FATRAH Ramadhanku~

Assalamu'alaikum.. 

keif?? insyaALLAH kheir semuanya..


Apa cer pulak kali ni.. hmm, bulan Ramdhan......tinggal beberapa hari saja lagi. Allahu.~

Pada minggu pertama berpuasa, semua bazar menjadi tumpuan, boleh dikatakan "hangat" jugak la.. mana taknya, dalam pukul 5.30pm, hampir separuh gerai dah tutup dan kehabisan barang dangangan mereka. mungkin dari sudut pandangan kita, 'alaa, biasalah, beli makanan untuk berbuka, ahli rumah ramai..' tu yang kita nampak, apa yang kita tak nampak,?? PEMBAZIRAN!!

bukan mencari kesalahan, tetapi, menyuarakan pandangan. hello guys, sama ja kita. kat rumah ni pun kekadang membazir jugak. sungguh, boleh jadi pembaziran ni berlaku tanpa kita rancang, kita ingat berbaloi dan cukup untuk seisi keluarga, tapi lastly, membazir. tak habis pun kan.! tak jadi masalah, at least, tiap2 kali kita gi bazar Ramadhan,
BERINGATLAH..!! jangan membazir, beli apa yang perlu, bukan apa yang kita mahu.~


[mama, orang lain dah mula bersahur, sedangkn kita sehingga sekarang belum berbuka]

berpuasa bukan sahaja mengajar kita tahan lapar dan dahaga, tapi secara tak langsung mengingatkan kita kepada orang yang berada dalam kesusahan. mereka yang sanggup mengikat perut berhari-hari, demi memastikan keperluan lain dipenuhi, malah ada yang berhempas pulas untuk mencari sesuap nasi.


Pada bulan Ramadhan ni juga berlakunya peperangan kat bumi Palestin, Gaza..Allahu~ ada kita ingat, apa diorang makan, minum untuk berbuka, bersahur? dengan kedaan mereka yang sering dibedil dan dibom oleh laknatullah, Zionis Israel. As rakyat Malaysia yang cukup berada dalam aman sekarang ni, beringatlah kepada mereka yang susah, bantulah, ringankan beban mereka. insyaALLAH, dapat ganjaran yang baik di bulan baik ini. Ameen. 

justeru, peristiwa2 ni, kita tak akan ingat pada bulan-bulan lain. kenapa bulan Ramadhan kita selalu ingat? itulah rahsia fadhilat Ramadhan. tarbiyah bulan ni cukup memberi kesan kepada kita. bulan2 lain belum tentu kita dapat tarbiyah sebegini. hanya bulan barakah inilah yang mendidik kita, menyedarkan kita akan semua ini.


.........

*mutakhir ni, digemparkan dengan tragedi MH17 yang dikatakan ditembak jatuh di Ukrain. Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Al-fatihah buat mangsa MH17, dan salam takziah buat keluarga mereka. 

Fatrah rahmat dan maghfirah dah berlalu pergi....

Kini, kita berada dalam fatrah terakhir Ramadhan, hari ni bersamaan 22 Ramadhan 1435H. minggu pecutan untuk mendapat hadiah istimewa dalam bulan ni iaitu Lailatul Qadr.. ya Allah. sampaikan kami pad malam itu.. andai ini ramadhan terakhirku, akhiri ia dengan sebaik2nya. ameen.

tak lupa juga, minggu depan ada program bersama rakan2 universiti...semoga berjalan lancar.. "IHTIRAM", ihya' Tarbawi Ramadhan. Temanya: ibrah ramadhan, inspirasi perjuangan. moga ramadhan kali ini, menjadi inspirasi  kepada kita dan terus istiqamah pada bulan2 lain..insyaALLAH.


#pray4ISLAM
#pray4MH370/MH17
#strive4LailatulQadr



[kejar Lailatul Qadr]

p/s: kita bukan selayaknya menghukum sesuatu yg telah ditentukan, kita juga bukan selayaknya menilai keburukan atau kebaikan terjadinya sesuatu itu, yang selayaknya adalah ALLAH. Dia lah sebaik2 penghukum dan penilai, tapi kita ada mata untuk melihat, dan kita ada otak untuk berfikir, LIHATLAH & FIKIRLAH apa hikmah disebalik semua kejadian ini. carilah hikmah itu.!

selamat berbuka :)

wassalam...

ana create, antum read

(o_o)