Friday 27 December 2013

Jumaah Barakah~ Penghulu Segala Hari

Assalamu'alaikum w.b.t
...
how's your day?? hehe
ok, hari ni kita bicara sikit tentang kelebihan hari jumaat..sbb hari ni hari jumaat..:D

Sayyidul Ayyam..

...
Ha..! nak tau tak?? Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.

untuk pengetahuan semua readers, di dalam hari jumaat juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu seorang muslim sepatutnya lebih perihatin akan keberkatan hari Jumaat ini.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Daripada Abu Hurairah, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”


~Jumuah Barakah~

ok, dah tau fadhilat yang ada pada hari jumaat. tunggu apa lagi?? ayuh...!! bnyakkan berdoa dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pda hari Jumaat..^^ jgn lupa kahfi..''

#SemogaPerolehKeberkatanNya ''


wassalam..:)
ana create, antum read..
(o_O)

0 comments:

Post a Comment