Thursday 26 June 2014

Sekali Lagi ^_^

Fuhh!!
Hello2..Assalamualaikum semua.

Nak tahu apa cerita hari ni? sekadar perkongsian bersama k. Buat sahabat2 yang pernah or alami kejadian macam ana ni, jom kenang kan kembali. bukan senang dapat kenangan macam ni. ^^

After Subuh (6:32am)
My mom calling.. nurul, ni ada cikgu PASTI nak cakap. ok, dah kenapa pulak, call pagi2 ni..hmm.


[budak2..alamak!!]

Tadaa.. cikgu tak dapat masuk mengajar hari ni, dan orang yang sepatutnya menggantikan cikgu tu tak dapat datang pulak.. peghh.. biar betik..! ha, sudah.. dalam kepala dok pikir macam mana aku nak handle budak2 ni..huhu. terus aku setuju dan letak telefon. 

Bukan setakat tu je aku fikir.. malah aku merancang sambil pejam mata..-__-


Seusai bersiap (7.40am)
Aaaa..! mak, cepat, kita dah lambat ni..huhu cikgu cakap nak tunggu kat sekolah pukul 7.30am. nak bagi kunci sekolah. laju aku perderas naik motosikal ke sekolah. sejuk gedik aku pagi2 menunggang laju. dah sampai sekolah, blur sekejap!! cikgu, mohon tunjuk ajar, nak buat apa dengan budak2 hari ni. cikgu tu pun tunjukkan buku2 yang selalu diorang buat latihan. ok, cantik.! dah dapat gambaran nak buat macam mana.

tunggu punya tunggu..sorang2 pelajar datang. dalam hati seronok, sebab dah lama aku tak rasai mak ayah hantar g sekolah. salam mak ayah. maklum la, dah masuk universiti ni, berjauhan dengan mak. hmm. sob2.


P&P bermula (8.30am)
aku belek2 buku, terjumpa satu kertas doa. hmm, menarik! budak2 ni ada doa harian mereka. so, aku ajak budak2 tu baca doa secara berjemaah. semangat diorang baca doa, siap ada yang menjerit lagi.. sabo je la. haha. sepanjang P&P, aku terus dengan plan aku.. hehe, kasi keje banyak2. alhamdulillah, walaupun diorang nakal, asyik nak main je, tapi apa yang aku suruh buat, diorang buat, aku suruh siapkan keje, diorang siapkan. terbaik la adik2 ni. dah berputik sayang aku pada mereka. ye la, macam2 ragam. seronok ada adik ni rupanya.. maaf la, saya adik perempuan bongsu, so. tak rasa sangat ada adik kecik. :(

pada awalnya, susah aku nak menghafal muka sorang2 n ingat nama sorang2. fuh..! tertukar pun ada jugak. tengok orang lain, panggil nama orang lain.. haha, kelakar kau nurul. ~ dah hampir 4 jam aku bersama adik2 ni, ingat la jugak muka n nama diorang.



Dah habis..! (12.20am)
sedar tak sedar, ada waris dah datang ambil anak diorang..laa, terkejut aku tengok jam dinding. dah hampir waktu balik. excited ada, tapi time tu rasa sedih ja. sebab terfikir, lepas ni aku tak tahu ada peluang macam ni lagi ataupun tak. aku kat sini pun just jadi cikgu GANTI ja. tu pun SEHARI ja. tapi, apa2 pun aku bersyukur, masa aku terisi dengan perkara yang berfaedah. dan nampaknya aku dah tambah kenalan. hehe walaupun diorang tu masih budak2. ;) sedih juga, sebab terlupa nak snap gambar diorang. tak dapat nak share kat sini. hanya dapat rakamkan dan sematkan kat hati ni.. aicewahh. *malu


[nice moment]

.....AKHIRNYA, pengalaman baru yang aku dapat menjaga adik2 4-6 tahun, macam2 kerenah. ada yang nakal sangat2 tapi cergas dan cerdik dalam pelajaran, ada yang diam dalam kelas, tapi diam2 ubi berisi, ada juga yang nakal sangat2 tapi sayangnya kurang sedikit dalam pelajaran. anyway, aku doakan, adik2 ni la yang bakal menjadi generasi alquran kelak. memimpin negara mengikut syariat islam. ameen. sekali lagi..! walaupun hakikatnya, pernah ja aku handle program bersama budak2 di SAIF sebelum ni, dan aku juga pernah bersama adik2 PASTI ni dua hari lepas, selama 2jam. tapi aku yakin pengalaman ni yang mendewasakan aku. 

LESSON FOR TODAY: ''sekali kita dah menjalinkan hubungan, sebagai seorang abang, kakak, adik, ataupun sahabat, jangan sesekali terdetik di hati kita untuk tinggalkan mereka"
_kita perlukan mereka, dan mereka juga perlukan kita.. 

ok done..! see u next time.


ana create antum read
(O_o)

0 comments:

Post a Comment