Wednesday 25 June 2014

TARBIYAH LUAR BIASA~

Assalamualaikum..

Dah lama pengepost mendiamkan diri..huhu
biasa la, banyak kewajiban lain yang perlu diaulakan.

seperti biasa. kalau xdak angin, pokok takkan bergoyang. kalau xdak cerita xdak la benda yang nak dikongsikan. ha..! kali ni entry ada benda nak kongsi. :D



[NO TARBIYYAH= ZERO]

hmm, dalam meniti kehidupan, tak dapat kita elak diri dari didikan. didikan awal bermula dari rumah, iaitu ibu ayah masing-masing. alhamdulillah. walaupun hidup dah berbelas tahun tanpa ayah disisi, tapi diri ini masih terpelihara di bawah jagaan dan asuhan ibu terchenta. luv u mom! berkat pertolongan ALLAH taala, aku jadi hamba kepadaNya, bukan menjadi hamba kepada musuhNya. Nauzubillah. 


tak sangka, didikan demi didikan aku sampai ke tahap ni, tahap di mana aku sendiri tak dapat bayangkan, dan tak dapat jamin bahawa orang luar dapat sepertimana aku dapat. Alhamdulillah. mungkin Allah tahu andai aku leka dan alpa, aku akan terus hanyut dalam kemewahan dunia. didikan aku di bumi maahad amat menjadikan aku seorang pelajar yang betul2 dekat dengan ALLAH. kadang2 terfikir, sahabat2 yang selalu buat masalah, apakah mereka tak menghargai apa yang ada di depan mata.?? semoga dikurniakan hidayah kepada mereka. ameen.

Tapi, aku amat tertarik bila mana sahabat2 yang belajar di maahad, semuanya dibekalkan dengan ilmu yang bermanfaat. walaupun tak semua yang kami amalkan, setidak2nya kami terkesan dengan didikan yang telah diberikan di maahad dulu. MAAHAD MAHMUD, kalau sebut nama sekolah, ada yang membanggakan mereka, tetapi masih ramai yang menjelekkan mereka. apalah salah sekolah ni, padahal sekolah ni banyak menabur jasa kepada anak2 kedah bahkan orang luar. tapi bagi aku, maahad ada keunikan tersendiri, hanya yang belajar dan mengajar di bumi barakah ini yang dapat merasai ke'izzahan itu.




[TRUST HIM]

Tamatnya aku belajar di maahad, didikan aku bersambung di UIA..hmm, pada awalnya blur jugak, pergi sana, masa aku terisi sepenuhnya dengan hadir ke kelas, makan, minum, borak2..tapi, masih terasa kosong. tak sama dengan maahad dlu. yup..! USRAH.. akhirnya aku ditarik dan diajak join usrah di uia. masa lapang aku kini semakin terisi dan aku semakin bahagia sebab dapat tambah kenalan. bukan setakat roommate, classmmate sahaja, bahkan kenalan lain juga aku kenal dan rapat. huh, ramai kenalan kan best! merekalah yang menceriakan hari2 aku dan mendekatkan aku dengan ALLAH. saling ingat mengingati, berpesan kepada kebaikan. sometimes, diorang support aku. thanks sahabat.!



[Topup Diri]


Hanya beberapa perkara yang ana nak highlight kan kat sini:

1) DIDIKAN/TARBIYYAH bermula dari kita sendiri, kadang2 kita berharap pada oang lain untuk mengubah diri kita, tapi sebenarnya ALLAH dah janji dalam Al-Quran, "aku tak akan mengubah sesuatu kaum itu, melainkan mereka ubah dengan diri mereka sendiri" so, kita yang perlu alert dan cakna pada diri. yang penting ialah tarbiyyah dzatiah, yakni tarbiyyah dari diri sendiri. nak tak nak, kita perlu tegas dengan diri, jangan manjakan diri!!     

2) MANFAATKAN ZAMAN REMAJA. kita tak tahu ajal kita bila, kadang2 umur 20an pun dah dijemput olehNya. sementara masih ada masa, manfaatkan masa lapang, masa muda untuk kerja2 islam. zaman remaja juga zaman di mana kita kumpul ramai kenalan. luaskan pengaruh, hubungkan silaturrahim dengan sahabat2 dan manusia di luar sana, tak rugi pun. malah membantu kita saat kita perlukan seseorang di sisi.  

3) JALAN MASIH PANJANG. teruskanlah melangkah dengan sepasang kaki. hidup kita dah ditentukan, tapi kita mesti ada perancangan. perancangan yang baik akan menjamin kehidupan yang berjaya pada masa akan datang. siapa yang tak nak berjaya dalam hidup kan? tapi harus ingat, jalan yang panjang bukanlah jalan yang mudah untuk kita tempuhi. jalan yang panjanglah banyak likunya. mereka yang bertahan akan sampai ke penghujungnya, dan bagi mereka yang lelah dan putus asa di tengah jalan, akan sengsara di penghujungnya nanti. SABARlah menempuh ujian dan dugaan hidup. 

4) IMAN. update amalan kita, supaya amalan2 kita dapat meningkatkan keimanan kepada ALLAH taala. back to basic, kita diciptakan tidak lain tidak bukan hanya untuk beribadah kepadaNya , jadi hamba dan khalifah di bumiNya. so, apa pun yang kita buat, sekuat mana pun kita berusaha, mestilah tanam dalam diri aku hanya hamba ALLAH. dan apa yang aku usahakan di dunia ini, hanya untuk akhirat. untuk mendapat MARDHOTILLAH..!



[have faith in ALLAH]

semoga bermanfaat. juz sharing. :D

ana create antum read 
(o_o)

0 comments:

Post a Comment