Thursday 30 January 2014

HATIKU mati?? Na'uzubillah

assalamu'alaikum..
dah lama tak post kat blog ni, dah bersawang dah..

welcome back..! ~ok, nk buang sawang kat blog~

Entry kali ni, nak berkongsi soal hati.



MY HEART~

HATI? hati mudah pecah, mudah dirobek, disiat.. sakitnya sampai ke mati. ya ka? itulah sekeping hati yang hakikatnya lemah. kata murabbi ana, ''kita tak mampu mengawal hati orang lain, hanya kita yang mampu mengawal hati kita sendiri.'' pesannya, jagalah hati masing-masing. 


HATI kalau kita biarkan, lama-lama dia akan berkarat. hakikat hati ini perlu dicuci dan disiram dengan air tiap-tiap hari. pesan Iman Ghazali: '' carilah hatimu pada 3 tempat: 1>temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran, tapi jika tidak kau temui, 2> carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak kau temui juga, 3>carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana, hakikatnya pada ketika itu kau tidak punyai HATI"


nampakkan, bahawa hati kita selalu sakit..hati-hati dalam menjaga hati. hati yang kotor, mudah dicuci, tapi sekali hati disakiti, kesannya sampai ke mati. pernah dengar tak lagu Opick? dalam lirik lagunya, ada menyatakan, ubat hati ada 5 perkara:

1) baca quran dan maknanya
2) solat malam
3) berdamping dengan orang soleh
4) perbanyakkan puasa
5) selalu berzikir, lazimilah zikir 'ya latif' supaya dilembutkan hati. tak punyai dendam dengan orang sekeliling kita.




 jom jaga HATI..!


saat lemah mintalah padaNya.. :)

.......

A: awak, saya rasa, saya dah mula sayang kat awak.

B: ye, alhamdulillah..
A: eh, awak ok ke? sejak saya kenal awak, saya tak pernah rasa awak ni jahat, selalu baik dengan semua orang. tak pernah nampak cacatnya awak dalam setiap layanan awak terhadap orang sekeliling.
B: baguslah, nak tak nak, awak tetap kena sayang saya. hee
A: kenapa pulak? saya takut sebab saya tahu awak baik. tak macam saya. ~saya harus terima hakikat tu.
B: tak, awak boleh jadi baik macam saya, sebab saya milik awak.. yakinlah..:)
A: ........ 
B: can you hear my 'lub' 'dups'..~
A: ........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
A: saya B: hati saya :)
sebenarnya, hati kita ni baik kan..?.. :D

mari berdoa.:

''ya ALLAH, yang membolak balikkan hati ini, tetapkanlah kami dalam agamaMU dan ketaatanMU..'' ameen..:)


ok, jumpa lagi..:)


ana create antum read

(o_O)

Friday 10 January 2014

SEM BARU..SEMANGAT BARU~

assalamu'alaikum..
hmm.. hari last kat rumah bagi bulan Januari 2014..huhu
bila pulak la boleh balik.. soon.!

ok, dah nak buka sem ni, mesti lagi banyak cabaran.. maklumlah last sem pulak tu.. lagi banyak kerja yang bakal menyusul..kan?? baru asasi, belum ijazah lagi. ijazah nanti mesti lagi masyuk kan..hee! biasala.. kehidupan sorang pelajar.~

hari-hari memikirkan apa yang aku bakal buat dan habiskan masa untuk last sem ni. terfikir juga nak fokus study ja, tapi study banyak-banyak pun berat juga..hmm, anyway.. dah plan apa yang bakal diisi waktu2 lapang.. hopefully, menjadi la.. jangan plan saja, tapi tak buat..~ yang ni takut sikit~

selain tanggungjawab sebagai student, mesti ada juga tanggungjawab sampingan yang perlu dipikul.. tapi still amanah kan..? WAJIB laksanakan.. tapi yang paling utama, tanggungjawab kita sebagai hambaNya. ~yang ni confirm la WAJIB, sami'na, wa ata'na..:) tanggungjwab2 sampingan. apa tu..?? hmm, Allah2, lagi berat la nanti.. sebagai seorang yang telah diamanahkan untuk organize club..hooo,, harap-harap tak tunggang terbalik la club tu nanti..doakan ana ye..:D

perasaan..?? err.. bercampur baur kot.. sebabnya, gembira ada, sedih ada, takut ada, gelisah pun ada.. hee, mana taknya, barang tak kemas lagi ni,, malam nanti dah nak bertolak.. macam tu la, last minute preparation..ish2, jangan ikut taw, teladan yang tak baik ni :(

apa2 pun, ana nak minta maaf kat semua, kalau ada salah silap, dah nak buka sem baru ni, nak jugak semangat baru, tanpa ada masalah kan.. insyaALLAH.. may ALLAH ease..:)
ok, sesaja nak share dan tadabbur ayat:


  • Allah Swt. berfirman dalam Al-Qur'an:
    "Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122)
    Sekalipun dalam ayat tersebut tidak tampak kata-kata wajibun yang berarti wajib; atau kata-kata faridhatun yang berarti difardukan, tetapi dalam ayat itu terdapatfi'il mudhari' yang telah kemasukan lamul amr, yakni lafaz liyatafaqqahuu.

    Dalam ilmu Ushul Fiqih ada kaidah yang berbunyi:
    "ertinya feel amr ialah menunjukkan wajib." (Kitab As-Sullam, halaman 13; dan kitab Ushul Fiqh, halaman 31)
    Dengan demikian, ayat diatas mengandung arti bahwa menuntut ilmu itu hukumnya wajib.
  • Rasulullah Saw., bersabda:
    "Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap orang Islam" (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)


so, jom pi mengaji.. tak mengaji, ceroi laa..
cc: PU Shahul

ana create antum read
(O_o)

Wednesday 8 January 2014

NAK JADI BAIK ATAU JAHAT??

hmm.. ofkos la nak jadi baik kan..? 
assalamu'alaikum semua..!!
entry kali ni nak kongsi sikit apa yang ana dapat..

actually, banyak yang kita boleh ambil teladan dari kisah-kisah pada zaman nabi dan sahabat.. 

cumanya, kita perlu tahu perbezaan yang mana baik dan mana buruk.. yang baik kita jadikan sebagai ikutan dan contoh.. yang buruk, kita jadikan sempadan..:)

.......

jangan kita jadi mcm Qabil, yang sifatnya selalu dengki akan saudaranya sendiri, sehinggakan cita2 di hatinya supaya nikmat org lain dihilangkan, jangan kita jadi mcm Ka'ab bin al-ashraf. kepala yahudi, yang sifatnya menyembunyikan yang haq, dan menzahirkan yang batil, jangan kita jadi mcm walid al-mughirah, yang hidupnya sering menghina dan tidak bantu org2 faqir dan miskin, jangan juga kita jadi mcm imri il Qis, seorg penyair tapi mengubah syairnya utk mencerca Rasulullah S.A.W
-na'uzubillah

sebaliknya, contohilah sahabat2 yang dekat dgn Rasulullah S.A.W
seperti saidina Abu Bakar As-siddiq, yang hayatnya selalu mmbenarkan kata2 nabi, yang sering melindungi nabi, saidina Uthman bin Affan, yang menginfakkan hartanya d jalan ALLAH, saidina Ali Abi Talib, sejak kecil beriman kpd ALLAH dan Rasul, dan x pernah menyembah berhala sama sekali, sehingga digelar 'karamallahu wajhah', saidina Umar Al-khattab yang sifatnya berani menyebarkan da'wah Rasulullah secara terang-terangan, yang mnjadi pemisah antara haq dan batil, jadi juga seperti Abdullah bin Rawahah dan Hassan bin Sabit, penyair yang sering memuji Rasulullah S.A.W


ALLAHUAKHBAR.. kenapa kita perlu mncari orang yang salah untuk dijadikan idola dan inspirasi hidup kita.. padahal hidup kita utk ALLAH, utk Rasul, utk Ummah, mnjadi hamba dan khalifah di bumi ini.. jgn salah memilih, contohilah mereka yang benar2 mnjadi contoh, teladan dan ikutan

jgn takut utk bergerak kehadapan, jika tidak, mereka yang salah akan ke hadapan
~sentiasa merenung kesalahan diri, dan mmperbaiki diri~

kalau ana berkesempatan, insyaALLAH ana akan kongsikan kisah2 dari zaman nabi dan sahabat. supaya kita semua akan rasa dekat dengan zaman-zaman tu..ok..**

wasalam.


ana create antum read..:)

(o_O)

Monday 6 January 2014

HUJAN ITU RAHMAT~

berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
- Habislah banjir kilat lepas ni!!!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan
dengan doa :

"Allahumma soyyiban nafi'an" (Ya Allah, Ya Tuhan kami!
Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Hakikatnya, hujan itu rahmat.



[hujan oh hujan]

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."
 (Al-A'raf : 57)




~hujan renyai....tapi hanya sebentar..:)

mood: rindukan titisan air hujan..:')

ana create antum read

(o_O)

Sunday 5 January 2014

KUNCI UJIAN ---->SABAR~

layakkah aku dapat apa yang aku mahu??
cup..cup..! tadabbur ayat ni dulu.


'‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali,”(Al-Baqarah [2]: 155-156)



"FASOBRUL JAMIL"



hidup ini perlukan tarbiyyah atau didikan.. kalau ALLAH beri apa yang kita mahu, confirm lagi ramai manusia yang tak pandai nak berSABAR dan berSYUKUR dengan apa yang kita ada kan? justeru, ALLAH tak beri apa yang kita mahu, tapi ALLAH beri apa yang baik, apa yang perlu, dan apa yang layak untuk kita sebagai hambaNya.

jangan kita merungut dengan ujian dan masalah yang menimpa, semua itu akan diganti oleh ALLAH, yakni dikurniakan darjat yang tinggi kepada hamba-hambaNya yang bersabar.. tak nak ke? hee syurga menanti kita..:)
ingatlah, dunia ni tempat ujian dan bala..sabar dan redha adalah caranya.. kalau nakkan syurga ALLAH, kenalah tabah mengharunginya..eh, macam pantun pulak..hee.

hmm, so, apa yang kita patut buat?? sentiasalah menghiasi diri dengan IMAN, suburkannya dengan amalan-amalan yang buat kita lebih mendekatiNya.. agar setiap ujian yang menimpa, kita tidak mengeluh, sebab apa? sebabnya, kita tahu setiap ujian dan nikmat adalah dariNya. bahkan amalan yang kita buat juga bakal menjadi saham di akhirat kelak. sentiasa ingat bahawa hati ini milikNya..semoga kita semua tetap dan thabat di atas landasan dan syariat ALLAH. 

Rasulullah dah ajarkan kita berdoa:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَطَاعَتِكَ
“Wahai Robb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu dan ketaatan-Mu"
selepas solat, selalulah baca doa ni.. insyaALLAH, hati kita sentiasa dalam perlindunganNya.. jauh dari berprasangka buruk dengan ALLAH..na'uzubillah.
KUNCI UJIAN ADALAH SABAR..
sama2 kita amalkan :) wasalam..

ana create antum read
(o_O)

Saturday 4 January 2014

WARKAH CINTA~

......
"saat KE MAKAM BONDA, terkenang akan HARAPAN PADA AYAH IBU telah membuatkan AIR MATA PENYESALAN membasahi pipi. itulah CAHAYA CINTA dari anakmu, PERMATA KELUARGA..

tatkala, diri HANYUT dalam SEBUAH PERTEMUAN yang menjanjikan MAHLIGAI KASIH, namun TIKA ITU diri sedar bahawa JALINAN di ANTARA DUA KASIH tidak mnjamin HAKIKAT BAHAGIA..

di ATAS NAMA CINTA, diri menemui SAHABAT SEJATI yang menunjukkan JALAN PULANG. dengan SATU TEKAD, dua INSAN BERNAMA KEKASIH bersama SEIRING SEHALUAN memenuhi impian MENUJU WAWASAN.

saat itulah, LANGKAH TERCIPTA dari seorang REMAJA biasa menjadi ANAK SOLEH, semuanya bermula di SEKOLAHKU. kau sangat berharga, HANYA TUHAN YANG TAHU bahawa KAU KAWAN, SAHABAT DAN TEMAN yang terbaik. KAWAN..SEE U DI IPT.

kini, diri tahu pentingnya ERTI SYUKUR. harapan untuk menjadi sebijak BALQIS, secerdas AISYAH HUMAIRAH, sekuat dan setabah ZINNIRAH dalam mempertahankan aqidahnya, bahkan mnjadi bidadari syurga seperti AINUL MARDHIYAH."

DEMI CINTA YANG SUCI, ku pertahankan LAFAZ YANG TERSIMPAN..SYUKUR-SYUKURLAH..



[cinta hakiki]

nukilan: Mrs.N

kalau antum perasan, yang huruf-huruf besar tu semua tajuk2 lagu nasyed dari kumpulan UNIC..heee
ni la.. tak dak kerja, cari kerja. sesaje je ni ~melamun di petang hari ^^


ana create antu read
(o_O)


Friday 3 January 2014

DON'T PRAISE ME~

......
Setelah ditikam oleh Abu Lukluah, Keadaan Saiyidina Umar semakin hari semakin tenat.bisanya menjalar keseluruh urat nadi hingga Amirul Mukminin itu tidak berdaya untuk bangun.Pada saat-saat akhir hayatnya,Amirul Mukminin berpesan kepada anaknya Abdullah.. pesannya:

"kafanilah aku sebaik mungkin,jika aku di pandang baik oleh Allah nescaya DIA akan menggantinya dengan yang lebih baik. Buatlah liang kuburku sebaik mungkin.Jika aku dipandang baik oleh Allah nescaya DIA akan meluaskannya ,seluas mataku memandang.

"Janganlah memuji aku dengan pujian yang berlebihan yg tidak wajar disisiku.Segerakanlah pengebumianku. Jika aku baik bermakna engkau mengusung orang baik dan jika aku tidak baik bermakna engkau cepat cepatlah melepaskan aku daripada pikulan engkau"




"don't praise me because i'm on deen, but pray for me because I have faults which you haven't seen"

Allahuakhbar, 
'ibrah yg sangat terkesan..

>>bila cari qisah ni, terjumpa kata2 ni..
"Jangan memuji aku kerana kealiman dan kejayaan ku, tetapi berdoalah agar dosa ku diampuni kerana aku juga berdosa dan tidak terlihat oleh mata akal mu.."



ana create antum read
(O_o)

Wednesday 1 January 2014

ERTI SYUKUR~

[yang sakit itu DIDIKAN, yg manis itu??]

bila hati dah berbunga, ada yang ingin dikongsikan.
....
baru sedikit diuji, kita dah mengeluh,
manusia biasa..kan?
tapi pernah tak kita bersyukur setiap kali ujian yg menimpa?
mesti down gila..~refleks dri~

kita dkurniakn 2 mata, 2 telinga, 2 tgn & kaki, dan 1 mulut..
smua tu nikmat yg ckup besar buat kita,
tp prnh x kita fikir, ia juga merupkn satu ujian besar buat kita??
bgaimana kita mngwalny
a?



dgn 2 kaki lah kita mlgkh ke tempt maksiat,
dgn 2 tangan lah kita mgmbil yg mna bkn hak kita,
dgn 2 telinga lah kita mndengar sesuatu keburukan,
dgn 2 mata lah kita melihat perkra yg x spatutnya kita lihat,
dan 1 mulut lah, keluarnya kata2 nista ,haa wlupun 1, lgi berat utk mngawalnya..~na'zubilla min zalik.


 solusi, semua tu perlukan didikan yg cukup, klu dibiarkan, mcm tu la tabiatnya.. sbb hakikatnya manusia sering lupa dan lalai, manusia juga selalu melakukan kesalahan.



~pernah kita terfikir akan keadaan sebegini??~


Firman Allah swt ;
Al-Ankabut : (29 ayat 2-3):
Apakah menusia mengira bahwa mereka dibiarkan mengatakan : “kami telah
beriman” sedang mereka tidak diuji lagi ?
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka dan
benar- benar Allah mangetahui orang-orang yang benar dan mengetahui
pula orang- orang yang dusta.
Al-Kahfi (18 ayat 7-8):


::bersyukur dgn nikmat dan ujian yg menimpa, kedua2nya dr ALLAH..::

yg MANIS itu kebaikan..



#yanglemahdanxberdaya min: UD^^



ana create antum read
(o_O)

NEW YEAR 2014 ^^

TAHUN BARU 2014

fuh..! adakah tahun ini menjadi tahun yang banyak memberi kebaikan atau keburukan?..ha.. itu bergantung kepada diri kita sendiri. kita yang perlu mencorak dan menghiasi tahun baru ini dengan azam.. sematkan dalam diri kita apa yang baik buat kita, rancanglah dengan baik. :)

alhamdulillah, tahun baru ni menjadi satu tahun yang ''paling bermakna'' buat diri ana. seperti tahun-tahun sebelum ni juga. banyak yang ana pelajari dari family2 ana.. haha.. bnyak pulak family.. ya la kan, sahabat2 ana pun family ana juga.. target ana tahun lepas, kutip segala pengalaman, pengajaran yang boleh mendidik diri ini.. syukur, ana dapat banyak pengalaman yang telah mentarbiyah diri ana.


~SANAH JADIDAH~

susahnya nak maintain atau istiqamah dengan perkara2 kebaikan..?? ish2, xda susahnya pun kalau kita sendiri mahukan kebaikan itu sebati dalam diri kita. macam orang lain cakap, 'mahu dan tak mahu' ja menjadi titik permulaan perjalanan kita. nak istiqamah dengan amalan yang berat2 memang susah, tapi perlukan latihan. pada peringkat awal, cuba untuk kita istiqamah dengan amalan yang mudah dan tidak membebankan.. andai dah sebati, teruskanlah dengan amalan yang 'syadid' sikit.. ok, contoh amalan yang mudah kita untuk istiqamah ialah zikir.. tak kisahlah zikir apa pun, zikir 7 ke, selawat ke, istighfar ke, asalkan kita istiqamah untuk lakukan tiap2 hari.. tak susah kan?


sabda rasulullah S.A.W: ": Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)


so, keep it up.. jangan mudah putus asa..ingat..! umat islam tak pernah ada perkataan 'putus asa' dalam kamus hidupnya.. setiap ujian yang datang, ada hikmah disebaliknya.. ujian itu menguatkan bukan melemahkan..:)


Tahun baru, ada yang mengira umur yang semakin naik, risau jadi tua sebab dah tak cantik,

dah tak bimbang ke dengan mati yang semakin dekat, baik kita cepat2 bertaubat..:)
"سنه حلوة، سنة جديدة على جميع الأهل وكل سنه وأنتم سالمة، كل عام وأنتم بخير"

setakat ini dulu, wasalam..:)


ana create antum read.
(o_O)