Sunday 5 January 2014

KUNCI UJIAN ---->SABAR~

layakkah aku dapat apa yang aku mahu??
cup..cup..! tadabbur ayat ni dulu.


'‘Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar, yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali,”(Al-Baqarah [2]: 155-156)



"FASOBRUL JAMIL"



hidup ini perlukan tarbiyyah atau didikan.. kalau ALLAH beri apa yang kita mahu, confirm lagi ramai manusia yang tak pandai nak berSABAR dan berSYUKUR dengan apa yang kita ada kan? justeru, ALLAH tak beri apa yang kita mahu, tapi ALLAH beri apa yang baik, apa yang perlu, dan apa yang layak untuk kita sebagai hambaNya.

jangan kita merungut dengan ujian dan masalah yang menimpa, semua itu akan diganti oleh ALLAH, yakni dikurniakan darjat yang tinggi kepada hamba-hambaNya yang bersabar.. tak nak ke? hee syurga menanti kita..:)
ingatlah, dunia ni tempat ujian dan bala..sabar dan redha adalah caranya.. kalau nakkan syurga ALLAH, kenalah tabah mengharunginya..eh, macam pantun pulak..hee.

hmm, so, apa yang kita patut buat?? sentiasalah menghiasi diri dengan IMAN, suburkannya dengan amalan-amalan yang buat kita lebih mendekatiNya.. agar setiap ujian yang menimpa, kita tidak mengeluh, sebab apa? sebabnya, kita tahu setiap ujian dan nikmat adalah dariNya. bahkan amalan yang kita buat juga bakal menjadi saham di akhirat kelak. sentiasa ingat bahawa hati ini milikNya..semoga kita semua tetap dan thabat di atas landasan dan syariat ALLAH. 

Rasulullah dah ajarkan kita berdoa:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ وَطَاعَتِكَ
“Wahai Robb yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu dan ketaatan-Mu"
selepas solat, selalulah baca doa ni.. insyaALLAH, hati kita sentiasa dalam perlindunganNya.. jauh dari berprasangka buruk dengan ALLAH..na'uzubillah.
KUNCI UJIAN ADALAH SABAR..
sama2 kita amalkan :) wasalam..

ana create antum read
(o_O)

0 comments:

Post a Comment