Wednesday 25 June 2014

RAMADHAN is coming~

pejam celik pejam celik, bulan syaaban bakal melabuhkan tirai..
menanti kemunculan bulan yang suci, penghulu segala bulan yakni bulan Ramadhan, atau famousnya digelar bulan ibadat.

[AHLAN YA RAMADHAN]

Ramdhan is coming.. 2-3 hari ni, telinga sering didengari kalimah "RAMADHAN IS COMING". excited semua orang islam nak menyambut bulan yang mulia ni. mana taknya, bulan yang ada padanya al-quran diturunkan, lalilatul qadr yang baik dari seribu bulan. Allahu Akhbar!! semua orang tak sabar nak menyambutnya.

[BALIGHNA RAMADHAN]

Tapi, alangkah gembiranya bila mana semua orang bersungguh-sungguh melakukan ibadah dalam bulan ini. pahala berlipat ganda, tak macam bulan-bulan islam yang lain. alangkah sedihnya, jika pada awalnya, kita beria-ia menyambut kedatangan Ramadhan, tetapi, di pertengahannya, seolah-olah kita lupa dan semangat untuk melakukan ibadah dan mengejar ganjaran pada bulan Ramadhan semakin berkurangan. tiada keasyikan. malah baru 2 minggu berpuasa, sudah tak sabar-sabar nak menyambut syawal. tak salah  membuat persediaan awal, tapi..mana janji kita? nak kejar lailatul qadr, tapi malas nak bangun malam untuk beribadah. Allah..semoga kita sentiasa bermuhasabah. kenangkan kembali Ramadhan2 yang lalu. adakah impian dan angan2 kita untuk mendapat lailatul qadr tercapai.?? tepuk dada, tanya IMAN.

[IHYA' RAMADHAN]

Bersempena menyambut Ramadhan yang bakal tiba lebih kurang 3 hari sahaja lagi, ana menyeru kepada semua kaum muslimin dan muslimat, sama-sama kita jadikan bulan Ramdhan kali ini sebagai bulan Ibadah yang sebenar2nya. hidupkan bulan ini dengan banyak membaca al-quran, berzikir, berqiamullail dan melaksanakan perkara2 yang WAJIB. ayuh..! doakan ana juga. Semoga kita istiqamah dalam melakukan ibadah kepadaNya. allahumma ameen. 

justeru, ana memohon maaf andai coretan blog ana mengguris mana2 hati yang membacanya. salam kemaafan buat semua pembaca. 

wallahu'alam

ana create antum read
(O_O)

0 comments:

Post a Comment