Tuesday 31 December 2013

MR. & MRS. RIGHT..=_=

[mr.right vs mrs.right] + A (bukan nama sebenar)

kononnya..
pada suatu hari yang sangat terik..terlihat dua mamat sedang..


x tahu apa yg dbincangkn..hmm maybe..

...............
A: wah..!! awek cun..nk try la.

Mr.right:
uish, kau ni, x baik la. kau x rase ke benda yg kau nak buat ni salah?

A: eh, peduli apa kau pasal aku..!

Mr.right:
sbb aku pedulikan kau la, aku nasihatkan kau sekarang ni. jgn cari pasal, silap2 kau makan tapak kaki ayah die nt.

A: apehal pulak kau ni, sok2 'alim' gitu. x kisah la kau nak ckap ape pun, yang penting aku dah aim awek tu, aku nk test die..haha ~dgn bangganya

Mr.right: ....(silap2 kau yg kena test nt) ~bisik hati kecilnya


di bangku yg panjang, err actually. tak berapa pnjang sangat..
datanglah seorang mamat poyo yg kononnya nak test la kan..
haa..tengok apa jadi..!

.........
A: ehem2, awak sorang je ke? boleh saya duduk sebelah awak x?

Mrs.right: em, boleh, tp klu awak yakin ke sebelah saya ni x dak org. ~sdg belek buku~

A: (sengeh sampai ke telinga) dari tadi saya pandang awak dari jauh, confirm la x de org sebelah awak. btul kan?

Mrs.right: oh, ye ke, mgkin dari mata kasar saya dan awak, kita x nmpak siapa sebelah saya ni, tapi hakikatnya, saya yakin awak mesti tahu malaikat raqib n atib sentiasa bersama saya dan awak yang sntiasa mncatat amalan baik buruk saya dan awak.

A: ~sentap~ emm..ok, tapi saya cuma nak bagitahu awak yang saya dah berminat dengan awak. boleh kita berkenalan?

Mrs.right: sbb ape ye awak nak kenal saya? (ada udang dsbalik mee la mamat ni)

A: aa, sbb..sbb..~belum sempat habiskan kata2..

Mrs.right: subhanallah..! cantiknya perempuan tu, (sambil melihat di belakang lelaki A trsebut)

A: ~tnpa ragu2, sepantas kilat, toleh ke belakang~ (eh, mana perempuan tu?)

Mrs.right: hmm..dah jelas sekarang, awak lebih memandang paras rupa seseorang berbanding akhlak mereka. buktinya, saya saje je test awak tadi, padahal xde sesiapa pun di belakang awak. ~dgn selambenye

A:
tunduk malu..(belah gitu je)

......



Aku Ada Wali~




> usahlah dengan sibuk mncari mr.right dan mrs.right, kamu menngabaikan tanggungjawab trhdap agama trlalu byak, lebih baik menggunakan bakat mengikat hati itu utk mengajak mnusia ke jalan ALLAH..BERLANDASKAN SYARIAT SEMESTINYA.


#AWASdapatkansecaraterhormat


ana create antum read

(o_o)

Monday 30 December 2013

ALLAH IS THE NO1~

[TAFAKUR MENGINGATI ALLAH] 


"Ya Allah, Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah, Seringkali aku benar dalam pendirian, tetapi salah dalam perhitungan benar dalam perinsip,tetapi keliru dalam cara dan perbuatan. Namun, kejujuran dalam kehidupan sentiasa memesan aku supaya mengakui kekeliruan dan kelemahan diri. Sesungguhnya, aku keliru kerana telah berbuat kesilapan. Namun aku bersyukur ya Allah, kekeliruan dan kesilapan ini telah memberi banyak makna dan berguna dalam membuka mataku dan menyingkap tirai kegelapan hati.

Ya Allah rabbul izzati, bantulah hambaMu ini dalam mengarahkan cintaku pada yang utama, cintaMu dengan harapan hati ini menjadi lebih tegar. Bukan duniaMu yang kucari ya Allah, tapi redhaMu. Berikan aku petunjuk dan rezeki mujahidMu"




.......
يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي
Wahai penghulu para rasul ! wahai sandaranku
أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي
Setelah Allah, engkau adalah peganganku

فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي
Dalam urusan dunia dan akhiratku
يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ
Wahai rasulullah! Bantulah aku
Amin ya Rabbal alamin

:: YA ALLAH, letakkanlah dunia ini di tangan kami, bukan di hati kami::
~sesungguhnya, kita hanyalah hamba yang mengharapkan kepada penciptanya..~




ana create antum read
(O_O)

SAIF telah mencuit hatiku~

assalamu'alaikum..
apa khabar semua..?? moga sihat2 blaka deh..


Ha..! apa yang nak dikongsikan hari ni berkaitan dengan SAIF..who is SAIF?? heee
hello...SAIF bukan nama orang la...Nway, i'm still single ok..haha


actually, SAIF tu short form bagi SEKOLAH INTEGRASI AGAMA FAIZIN.. ha, sekolah ni bertempat di Guar Cempedak, yan, Kedah. Alhamdulillah, dengan 13 orang termasuk ana telah dijemput untuk menjadi fasilitator kat sekolah tu.

satu pengalaman yang mungkin takkan dapat di mana-mana sekolah...huhu, sebabnya pelajar2 sekolah ni, hebat-hebat belaka. x percaya?? ok, klu kita imbas balik, time darjah 3,4,5 dulu kita buat apa, main apa, suka apa??? serius, klu ana sendiri, time tu ana masih main-main, buang masa, jarang fikir pasal syurga neraka. mungkin ana bersekolah di sekolah rendah kebangsaan, tapi..klu sekolah rendah agama pun..ana rasa ana tak mungkin jadi budak sebaik pelajar sekolah ni..:)

ok, program yang dianjurkan oleh SAIF ialah Kem Jati Diri " Pimpinan dan Sahsiah''.. pergh. dengar saja diorang punya hadaf utk kem ni pun, dah gerun.. ok, dulu ana x belajar semua ni.. sahsiah ada la juga, tapi pimpinan..hoho, langsung tak ada rasa untuk memimpin.. beza sangat2 dengan ana dulu.. ana bagi banyak 'LIKE' untuk sekolah ni. ~

4 hari 3 malam. masa yang dihabiskan di SAIF begitu bermanfaat. Banyak aktiviti yang telah sekolah dan kami sediakan.. kitorang adakan LDK dan riadhah untuk peserta2 SAIF. feedback yang dapat dari kebanyakan peserta, diorang seronok dengan aktiviti2 yang dianjurkan..mungkin pada awalnya, persediaan kami agak kurang. tapi apa yang kami nampak ialah kekuatan, iaitu kebersamaan kami dalam merancang aktiviti bersama pihak sekolah. positifnya, kami diberi penghargaan yang sewajarnya. Alhamdulillah..

semoga bermanfaat buat mereka.
ok, nak share sikit gambar2 dan aktiviti2 yg dijalankan di SAIF..!!


hari pertama..~ still relax
........


 betul2 semangat adik2 ni..^^
.......



 praktikal ibadah..best sangat2 :)
........



games yang ohsem..!
........








yum2..makan ramai-ramai..ha, cepat habiskan..
........
.......

at the end, kami semua happy sangat2 dapat kenal adik2 yang superb riang and sporting, hope we can meet again in the future..!!


senyum semua....ok, nice pic..!!
........
(min)
.......
(mat)

hehe.. ok, ni ahli group ana yang cute miut..
......

......


“Didiklah anak-anak kalian dalam tiga perkara: mencintai Nabimu, mencintai keluarganya  dan tilawah al-Quran, sebab orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgasana Allah bersama para NabiNya dan orang-orang yang suci, pada hari tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganNya.” (H.R. Ath-Thabrani dari Ali ra.)

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, lalu kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR. Baihaqi).

surah luqman: Ayat 17] Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).



''anak-anak ibarat kain putih, kita yang mencorakkannya.'' didiklah dan asuhlah mereka dari kecil dengan cara hidup islam yang benar, melentur buluh biar dari rebungnya.

so, setakat ni dulu ana share dengan antum pada entry kali ni.. see u next time..Nway: happy new year..ucap awal2 hehe LOL :D


ana create antum read
(o_O)


Friday 27 December 2013

Dalam hati ada IMAN~

Assalamu'alaikum..

bila hati meronta-ronta meminta untuk menulis


>>terlintas..==''
bila dipersoalkan ttg IMAN, adakah kita yakin akan IMAN kita kuat..?? mgkin ada yg sombong mngatakan ''IMAN AKU KUAT'' kau ade?? ~saja tambah..


tob'an, tidak ada yg berani mengakuinya..bhkan mgkin ada yg tunduk malu, dan terus refleks diri..mumkin, semoga kita tergolong dlm org2 yg sentiasa bermuhasabah dri. :)




 
~Hatiku berpaksikan IMAN~



bila bercakap soal iMAN, terus teringat akan kisah dimana adanya satu perbualan antra Badiuzzaman Said Nursi dan Nicolas Nicolavich iaitu Jeneral Rusia wktu zaman tu.

sebelum masuk prbualan: muqaddimah dulu dok? 
ok, waktu tu Badiuzzaman dan sahabat2nya dibawah tahanan Nicolas dan tentera2 nya. nk dijadikan cerita, semua tahanan diminta utk bangun dan tunduk hormat kpd Nicolas. dalam semua2 tu, hanya Badiuzzaman ja yg x bngun..maka tubit la hiwar ni:

Badiuzzaman: " aku adalah seorang ulama' dan aku dikurniakan keimanan dlm hatiku, org yg beriman lebih mulia dr org yg x beriman, sekiranya aku tunduk hormat padamu, samalah aku menghina agamaku sendiri.."~ lebih kurg la mafhumnya..

Nicolas pun jawab: " dengn mengatakan aku seorg yg x beriman, samalah engkau menghina aku dan tenteraku, bahkan menghina bangsa dan negaraku, dgn ini kau akan dihukum!!" ~kejam kan..?

setelah dipujuk sahabat2, sehinggakan mereka berkata:'' tuan akan dihukum mati nt" Badiuzzaman, beliau tetap dgn pendiriannya..malah lantas bersuara: aku tidak boleh melakukan hal yg bercanggah dgn peganganku'' 
" aku mengimpikan utk ke alam akhirat dan berada di samping Rasulullah, dan aku hnya perlukan passport utk ke sana, dan inilah satu cara aku utk mndapatkannya..
hebat kan..?? 

sebelum Badiuzzaman dihukum mati oleh Nicolas dan pra tenteranya, beliau tlh meminta utk solat sunat dua rakaat. permintaannya pun diperkenankan.
seusai solat, beliau degan tenangnya pergi ke tempat hukuman tembak dijalankan..
perlakuan Badiuzzaman telah membuat Nicolas berasa kgum dgn beliau..

"kamu tak takut ditembak??" tanya Nicolas.
"saya tidak takut kerana mndapat tiket ke syurga" Badiuzzaman.

Nicolas berasa kagum dgn beliau lantas berkata:
" aku sangka apa yg kamu lakukan utk menghina aku, sbb itulh kamu dikenakan hukuman.sekarang aku faham, kamu bertndak mngikut imanmu, mengikut kehendak agamamu. justeru aku lepaskan kmu"

haa, mantopkan waliullah kita..Badiuzzaman Said Nursi. :)

~kita x akan tahu sejauh mana tahap keimanan kita hatta diacu pistol d kepala sekalipun, belum tentu kita mampu pertahankan iman kita.. ye dak? iman x dpt diwarisi. bersyukurlah krn kita x diuji seperti saudara2 kita di palestin, syiria,mesir dll. justeru, msih dberi peluang utk mantopkan ibadah, akhlak dan iman kita sebagai persediaan hari2 akn dtg, mnalah thu suatu hari nt, kita senasib dgn negara2 lain..wallahua'alam.~

sedikit kata2 dr Ibn 'Arabi:
::segala anugerah yg sesuai dgn hawa nafsumu maka itu adlh ujian, segala ujian yg menyalahi hawa nafsumu, maka itu adalah anugerah::

[keep praying for ISLAM]


syukran lakum.
ana create antum read.
(o_O)

Yuhoo..EXAM kembali lagi..! +_+

EXAM..EXAM..EXAM..!

"alaa, letih la mcm ni, boleh tak klu x dak exam," "malas la nk baca buku, nk study bagai..++"

aipp, ada exam pun salah, xdak exam pun salah.. apa yang boleh buat kita puas hati..?? huhu, 

ok, sekarang ni fatrah exam..

wahai sahabatku sekalian, anggaplah exam ni sebagai penilai, sejauh mana kita belajar, dan sejauh mana kita memahami ilmu-ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru kita..

hmm, exam tak penting sangat pun, yang penting, ilmu berkat, klu ilmu berkat, confirm success~

okeh..!

To all my beloved friends.**
I was going to wish you lots of luck for ur exams. But I remembered that you've learned so much, you do not need luck. Therefore, I wish you lots of success.

"العلم في القلب، وليس في الكتب"


Bittawfiq wannajah..~



Aljiddu Wal Ijtihad 
Biiznillah Faqdur lakum annajah fil imtihan.


ana create antum read
(o_O)

Jumaah Barakah~ Penghulu Segala Hari

Assalamu'alaikum w.b.t
...
how's your day?? hehe
ok, hari ni kita bicara sikit tentang kelebihan hari jumaat..sbb hari ni hari jumaat..:D

Sayyidul Ayyam..

...
Ha..! nak tau tak?? Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.

untuk pengetahuan semua readers, di dalam hari jumaat juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu seorang muslim sepatutnya lebih perihatin akan keberkatan hari Jumaat ini.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tarmizi).

Daripada Abu Hurairah, Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda: “Pada hari Jumaat ada satu ketika yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang solat, di mana apabila dia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”


~Jumuah Barakah~

ok, dah tau fadhilat yang ada pada hari jumaat. tunggu apa lagi?? ayuh...!! bnyakkan berdoa dan berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W pda hari Jumaat..^^ jgn lupa kahfi..''

#SemogaPerolehKeberkatanNya ''


wassalam..:)
ana create, antum read..
(o_O)

Wednesday 25 December 2013

2friends+ 2gether = 4ever ~


SAHABAT IALAH ORANG YANG SANGGUP TERJUN KE NERAKA UNTUK MENYELAMATKAN KAMU SEKIRANYA KAMU JATUH KE DALAMNYA.
“SAHABAT SEJATI”


.........

Cerah. Sungguh biru laut begitu menenangkan bagi sesiapapun menghayatinya. Angin lembut bertiup perlahan-lahan mendamaikan lagi jiwa. Aku duduk termenung keseorangan melihat keindahan fatamorgana. Inilah rutinku pada setiap petang selepas kejadian itu. Setiap memori muncul bagaikan sebuah drama.

AISYAH HUMAIRA….

Maahad Al- Irsyad dipenuhi dengan wajah-wajah semangat para pencinta yang dahagakan ilmu. Aku cuba mencari-cari andai ada wajah-wajah yang kukenali untuk ditegur.Namun usahaku tidak membuahkan hasil. Aku mengeluh keseorangan. Ummi dan abi tidak pernah memahami kemahuanku. “Alang nak masuk sekolah sukan!” Aku mengimbau kembali saat-saat itu.

“Berangankah?” Suara seseorang kedengaran menegurku. Aku cuba memerhati keadaan sekeliling. Seseorang yang tidak kukenali menegurku. Wajahnya putih kemerah-merahan tidak lekang dengan senyuman. Dia duduk di sebelahku sambil memperkenalkan dirinya. Sejak dari hari itu, kami mula bersahabat. Entah kenapa aku senang berkawan dengannya meskipun kadang kala aku rasakan diri ini tidak layak untuk bersahabat dengan insan yang bernama Aisyah Humaira.

Iman tak dapat diwarisi….

Ummi dan abi kehairanan melihat perubahan puteri ketiga mereka. Masakan tidak puteri mereka yang dulunya suka melepak dengan rakan-rakan kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Entah kenapa sekarang aku lebih suka menolong ummi daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Kawan-kawan aku sering memerli dan meninggalkan aku sejak aku mula masuk sekolah agama. “Hai ustazah lawa tudung” masih terngiang suara Hanan tatkala terserempak dengan aku. Mungkin mereka tidak dapat menerima perubahan aku.Geng aku sangat popular dengan kes buli dan sifat yang kasar. Walaupun ada diantara kami anak Tok Imam dan ustaz.

Suara ummi menjerit masih lagi terngiang-ngiang di cuping telingaku. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya kesakitan. Nenek cakap ummi kena buatan orang. Sejak ummi sakit keluarga kami tidak lagi bahagia. Aku mula menjadi kasar  untuk melindungi keluargaku. Hanan menjadi tempat untuk aku meluahkan segala keperitan. Aku dan Hanan berkawan baik sejak tadika. Namun kami berpisah dek kerana cita-cita. Hanan marahkan aku kerana tidak pergi sekolah sukan dengannya.Apakan daya itulah pilihan ummi dan abi.

Hati seorang sahabat ….

Maahad Al-Irsyad kembali meriah setelah seminggu bercuti. Aku mencari-cari kelibat insan yang amat kurindui. “Assalamua’laikum, Nurul Jannah”. Aku menoleh ke belakang untuk mencari pemilik suara itu. Ya Allah, betapa aku rindukan sahabat yang berada di depanku ini. Aku melemparkan senyuman manis untuk sahabatku. Kami berpelukan selepas seminggu tidak bersua. Seusai madah terakhir, Aisyah mengajakku ke musolla untuk solat fardhu Zohor. Dia mengajakku solat berjemaah. Air mataku menitis laju. Tidak pernah ada sahabat yang mengajakku solat berjemaah sebelum ini. Robb, perasaan apakah ini. Selepas solat, kami sempat berbual sambil berkongsi sedikit ilmu. Semakin hari aku semakin mengagumi keperibadian sahabatku.

Tempat duduk di sebelahku tidak bertuan hari ini. Aku tidak dapat menumpukan pelajaran sepenuhnya dek kerisauan. Aku bergegas balik ke asrama mencari sahabatku. Aisyah terbaring di atas katil kelesuan. Wajahnya sangat pucat. Aku memberi salam. Aku terus melekapkan telapak tanganku pada dahinya. Terlalu panas. Aku lihat sahabatku cuba mengukir senyuman. Kuusap rambut sahabatku sambil memicit kepalanya. Jam menunjukkan pukul 3 petang, kelas tambahan Matematik. Pasti Cikgu Faridah sudah masuk ke Kelas 2 Ibnu Khaldun. Aisyah memegang tanganku.

“Pergi,” lesu suaranya. Aku terkejut.“Tidak mengapa, biar ana jaga Aisyah. Aku mahu berada di sisinya lebih lama.“Menziarahi sahabat yang sakit, sunat. Menuntut ilmu fi sabilillah, wajib.”Aisyah bercakap penuh makna. Aku bangun tanda faham. Aku berjanji akan menziarahinya semula selepas habis kelas.

‘Hatiku menjadi lembut kerana nasihatnya…..’

Aku menyelongkar almari untuk mencari kad yang dihadiahkan Aisyah pada ulang tahun kelahiranku ke 15. Setiap kali pulang ke rumah, kad itu akan kubaca untuk menjadi pengubat rindu. Alangkah terperanjatnya apabila terjumpa diari kakakku. Penuh dengan maki hamun yang dilontarkan kepada ummi dan abi.Titisan air mengalir tanpa diminta. Aku terus membakar diari itu. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini.

Aku tidak mampu tersenyum tatkala mengingati bait-bait yang tersusun dalam diari itu. Aisyah mula perasan dengan perubahanku. Suatu petang, Aisyah mengajakku  pergi bersiar-siar di tepi laut. Robb, betapa anehnya perasaan ini. Suatu ketenangan yang tidak dapat ku gambarkan. “Sabar itu ganjarannya syurga. Dengan keyakinan itu, semua penderitaan yang sementara di dunia ini mampu kita hadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang berkekalan di syurga. Isbiri ya sohabati.” Aku mula menangis mendengar nasihat sahabatku. Aku menceritakan penderitaan yang sedang aku hadapi. Entah kenapa aku rasa senang dengan sikapnya. Kami menghabiskan petang itu dengan menghayati bait-bait lagu ‘Seiring Sehaluan, UNIC.’

Sedang aku menelaah buku untuk peperiksaan, tiba-tiba aku terdengar suara merdu seseorang sedang membaca Al- Quran. Aku melihat Aisyah sedang khusyuk menghayati Kalamullah. Aku merasa bersyukur dipertemukan insan bernama Aisyah Humaira. Kerana dia aku mula mengenal erti sebuah persahabatan.



Al- Quran hadiah buatmu, sahabat…

Aku meminta kebenaran abi untuk pergi ke rumah Aisyah buat pertama kalinya. Aku memegang erat Al- Quran di sisiku. Entah kenapa aku nak hadiahkan Al-Quran itu kepadanya. Sampai sahaja di rumah Aisyah, ibunya mengatakan Aisyah pergi berjalan-jalan di tepi pantai. Aku mengatur langkah dengan semangat. Melihat seorang Muslimah bertudung labuh dari belakang, aku terus menerpanya. Aku memeluk erat sahabatku. “Aisyah, uhibbuki fillah abadan abada wa biiznillah ilal Jannah maan.” Aku meluahkan apa yang tersingkap di hati. Aisyah tersenyum lebar dengan kerenahku. “Hurm ana datang ni bawa hajat, boleh baca Al- Quran ni untuk ana. Ana rindu nak dengar suara merdu sahabat ana sorang ni.” Aku menghulurkan Al- Quran yang baru dibeli tadi. “Baiklah tuan puteri.” Aisyah mengambil Al- Quran yang ku hulurkan.
“Aisyah, ana takut ana tak kuat dalam perjuangan ini. Ana takut ana berubah macam dulu balik. Ana takut ana tak mampu nak pertahankan semua ini.” Aku meluahkan apa yang aku rasa. “Semangat tu datang bila hati kita ni betul-betul rasa kita ni hamba yang lemah dan perlukan pertolongan Allah. Hinakan diri dulu depan Allah, bagitahu kat Dia yang kita ni lemah. Barulah kita dapat kekuatan untuk bangun semula. Yang penting yakin dengan janji Allah.” Kata-kata Aisyah begitu menusuk ke hatiku. Petang yang sungguh indah . Alhamdulillah. Aku memegang tangan Aisyah erat berjalan di tepi pantai. Tiada sepatah kata. Bersyukur kepada Allah, di atas persahabatan dan pertemuan ini.

Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita meminta pertolongan. Kami berlari untuk menghulurkan bantuan. Seorang lelaki tua memegang sebatang kayu yang ada paku. “Ayah, jangan!” lelaki tua itu terkejut hampir saja mahu memukul ibu Aisyah. “Aku nak duit! Bagi aku duit sekarang!” Ayahnya menengking seperti orang yang tidak waras. Aisyah terus memeluk ibunya dari dipukul. Lelaki itu seperti dirasuk terus memukul badan Aisyah tanpa rasa sedikit belas kasihan. Melihat darah mula berlumuran, aku terus menyelamatkan Aisyah. Aku pegang tangan Aisyah erat. Aku mula merasakan satu objek tajam bertalu-talu mengenai badanku. Allah, sakitnya apa yang ku rasakan ini. Aku mula rasa pening dan pandanganku menjadi kabur.

Peritnya rasa kehilangan…

Aku terbaring di atas katil ketika menyedarkan diri. “Aisyah Aisyah, ummi… Aisyah mana?” Suaraku lemah mula memanggil- manggil sahabatku. Ummi tidak mampu berkata-kata. Hanya air mata berlinangan. “Alang, rehat dulu nak… nanti abi bawa jumpa Aisyah.” Abi cuba menenangkan aku. Aku merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. “Abi, Alang nak jumpa Aisyah..Abi tolong Alang…hati Alang tak tenteram selagi tak jumpa Aisyah..” Aku merayu sekali lagi. Betapa peritnya perasaan yang ku rasakan ini. “Alang, tabahkan hati nak.. Aisyah Humaira dan ibunya telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Ayahnya kena tangkap dengan polis sewaktu melarikan diri. Alang kena kuat… Allah lebih sayangkan Aisyah.” Badanku semakin longlai mendengar penerangan Abi.Air mataku berlinangan tanpa diminta. Teringat Aisyah tidak bagi mengucapkan perkataan ‘bye’ ataupun selamat tinggal seolah-seolah kita mendoakan itu adalah pertemuaan terakhir. Tetapi hari ini ajal telah memisahkan kami.

Selepas beberapa hari, aku dibenarkan keluar hospital. Sunyi. Itulah yang ku rasakan. Aku meminta abi membawaku ke pusara Aisyah. Setiap kali aku membaca Yassin, air mataku mula berlinangan. Mungkin rindukan Aisyah. Sejak dari kejadian itu, aku selalu menghabiskan petangku di tepi laut. Bagaikan aku melihat wajah Aisyah tersenyum dalam layar putih.

Pesanan terakhir….

“Ummi, Abi… Alang minta maaf sebab selalu sangat menyakiti hati ummi dan abi…Alang selalu memberontak, keras kepala.. halalkan makan minum Alang selama ini.. Doakan Alang kuat.. Andai Alang pergi dulu, Alang nak pusara Alang tepi pusara Aisyah.. Kakak, jadi anak yang baik dan solehah.. jaga ummi dan abi elok-elok.. jangan sakiti hati mereka..”. Perasaan aneh yang entah aku rasakan, adakah itu pesanan terakhirku. Kata Dr. AFif Al- Hafiz, ada pendarahan dalam otakku akibat kejadian tersebut. Buat kali kedua aku memasuki bilik pembedahan. Aku mencium tangan ummi dan abi seerat-eratnya. Bagaikan salam terakhir.

Cahaya lampu mula mengenai mataku. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Mataku mula menjadi kabur akibat bius. Saat itu, bayangan Aisyah Humaira datang berpakaian putih sambil menghulurkan tangan kepadaku.

~THE END~

 

Bagaimana cara untuk kita mencapai roh ukhwah?
....

1) Memberitahu kepada saudara yang dicintainya.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)


2) Berdoa untuk mereka.

Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang

hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu”.


3) Berjabat tangan bila bertemu.

diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah”.


4) Memberi senyuman ketika bertemu.

Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika

engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)


5) Mengunjungi saudara.

Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi

Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.


6) Menyampaikan ucapan selamat.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)


7) Memberi hadiah.

Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati”.


8) Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim

pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)


9) Tegakkan hak-hak persaudaraan.

Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi.

.....

kaif? da rasa manis berukhwah..? belum lagi..ok, tak lengkap kan klu tak dak ayat2 cinta driNya..^^
firman ALLAH s.w.t: ~
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (al-anfal:63)

faaktafi bihazal qadr..semoga bermanfaat~




saat kita bergembira, ada yang menyambut ketawa, saat kita bersedih, ada yang mengalir air mata, menangisi bersama-sama..begitu juga hendaknya dalam kehidupan kita.. SAHABAT, sesungguhnya kau tiada tandingan, mahalnya sifatmu yang tidak mampu dibeli. Alhamdulillah..
Terima kasih sahabat..

Sahabat untuk selamanya, bersama untuk selamanya, kau dan aku sahabat.. selama-lamanya…..SETIA, jadilah sahabat yang setia hingga ke SYURGA.

_HHStory_:)


AnaCreateAntumRead
(o_O)