Wednesday 25 December 2013

2friends+ 2gether = 4ever ~


SAHABAT IALAH ORANG YANG SANGGUP TERJUN KE NERAKA UNTUK MENYELAMATKAN KAMU SEKIRANYA KAMU JATUH KE DALAMNYA.
“SAHABAT SEJATI”


.........

Cerah. Sungguh biru laut begitu menenangkan bagi sesiapapun menghayatinya. Angin lembut bertiup perlahan-lahan mendamaikan lagi jiwa. Aku duduk termenung keseorangan melihat keindahan fatamorgana. Inilah rutinku pada setiap petang selepas kejadian itu. Setiap memori muncul bagaikan sebuah drama.

AISYAH HUMAIRA….

Maahad Al- Irsyad dipenuhi dengan wajah-wajah semangat para pencinta yang dahagakan ilmu. Aku cuba mencari-cari andai ada wajah-wajah yang kukenali untuk ditegur.Namun usahaku tidak membuahkan hasil. Aku mengeluh keseorangan. Ummi dan abi tidak pernah memahami kemahuanku. “Alang nak masuk sekolah sukan!” Aku mengimbau kembali saat-saat itu.

“Berangankah?” Suara seseorang kedengaran menegurku. Aku cuba memerhati keadaan sekeliling. Seseorang yang tidak kukenali menegurku. Wajahnya putih kemerah-merahan tidak lekang dengan senyuman. Dia duduk di sebelahku sambil memperkenalkan dirinya. Sejak dari hari itu, kami mula bersahabat. Entah kenapa aku senang berkawan dengannya meskipun kadang kala aku rasakan diri ini tidak layak untuk bersahabat dengan insan yang bernama Aisyah Humaira.

Iman tak dapat diwarisi….

Ummi dan abi kehairanan melihat perubahan puteri ketiga mereka. Masakan tidak puteri mereka yang dulunya suka melepak dengan rakan-rakan kini lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Entah kenapa sekarang aku lebih suka menolong ummi daripada membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Kawan-kawan aku sering memerli dan meninggalkan aku sejak aku mula masuk sekolah agama. “Hai ustazah lawa tudung” masih terngiang suara Hanan tatkala terserempak dengan aku. Mungkin mereka tidak dapat menerima perubahan aku.Geng aku sangat popular dengan kes buli dan sifat yang kasar. Walaupun ada diantara kami anak Tok Imam dan ustaz.

Suara ummi menjerit masih lagi terngiang-ngiang di cuping telingaku. Hati anak mana yang tidak sedih melihat ibunya kesakitan. Nenek cakap ummi kena buatan orang. Sejak ummi sakit keluarga kami tidak lagi bahagia. Aku mula menjadi kasar  untuk melindungi keluargaku. Hanan menjadi tempat untuk aku meluahkan segala keperitan. Aku dan Hanan berkawan baik sejak tadika. Namun kami berpisah dek kerana cita-cita. Hanan marahkan aku kerana tidak pergi sekolah sukan dengannya.Apakan daya itulah pilihan ummi dan abi.

Hati seorang sahabat ….

Maahad Al-Irsyad kembali meriah setelah seminggu bercuti. Aku mencari-cari kelibat insan yang amat kurindui. “Assalamua’laikum, Nurul Jannah”. Aku menoleh ke belakang untuk mencari pemilik suara itu. Ya Allah, betapa aku rindukan sahabat yang berada di depanku ini. Aku melemparkan senyuman manis untuk sahabatku. Kami berpelukan selepas seminggu tidak bersua. Seusai madah terakhir, Aisyah mengajakku ke musolla untuk solat fardhu Zohor. Dia mengajakku solat berjemaah. Air mataku menitis laju. Tidak pernah ada sahabat yang mengajakku solat berjemaah sebelum ini. Robb, perasaan apakah ini. Selepas solat, kami sempat berbual sambil berkongsi sedikit ilmu. Semakin hari aku semakin mengagumi keperibadian sahabatku.

Tempat duduk di sebelahku tidak bertuan hari ini. Aku tidak dapat menumpukan pelajaran sepenuhnya dek kerisauan. Aku bergegas balik ke asrama mencari sahabatku. Aisyah terbaring di atas katil kelesuan. Wajahnya sangat pucat. Aku memberi salam. Aku terus melekapkan telapak tanganku pada dahinya. Terlalu panas. Aku lihat sahabatku cuba mengukir senyuman. Kuusap rambut sahabatku sambil memicit kepalanya. Jam menunjukkan pukul 3 petang, kelas tambahan Matematik. Pasti Cikgu Faridah sudah masuk ke Kelas 2 Ibnu Khaldun. Aisyah memegang tanganku.

“Pergi,” lesu suaranya. Aku terkejut.“Tidak mengapa, biar ana jaga Aisyah. Aku mahu berada di sisinya lebih lama.“Menziarahi sahabat yang sakit, sunat. Menuntut ilmu fi sabilillah, wajib.”Aisyah bercakap penuh makna. Aku bangun tanda faham. Aku berjanji akan menziarahinya semula selepas habis kelas.

‘Hatiku menjadi lembut kerana nasihatnya…..’

Aku menyelongkar almari untuk mencari kad yang dihadiahkan Aisyah pada ulang tahun kelahiranku ke 15. Setiap kali pulang ke rumah, kad itu akan kubaca untuk menjadi pengubat rindu. Alangkah terperanjatnya apabila terjumpa diari kakakku. Penuh dengan maki hamun yang dilontarkan kepada ummi dan abi.Titisan air mengalir tanpa diminta. Aku terus membakar diari itu. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini.

Aku tidak mampu tersenyum tatkala mengingati bait-bait yang tersusun dalam diari itu. Aisyah mula perasan dengan perubahanku. Suatu petang, Aisyah mengajakku  pergi bersiar-siar di tepi laut. Robb, betapa anehnya perasaan ini. Suatu ketenangan yang tidak dapat ku gambarkan. “Sabar itu ganjarannya syurga. Dengan keyakinan itu, semua penderitaan yang sementara di dunia ini mampu kita hadapi kerana mengharapkan kenikmatan yang berkekalan di syurga. Isbiri ya sohabati.” Aku mula menangis mendengar nasihat sahabatku. Aku menceritakan penderitaan yang sedang aku hadapi. Entah kenapa aku rasa senang dengan sikapnya. Kami menghabiskan petang itu dengan menghayati bait-bait lagu ‘Seiring Sehaluan, UNIC.’

Sedang aku menelaah buku untuk peperiksaan, tiba-tiba aku terdengar suara merdu seseorang sedang membaca Al- Quran. Aku melihat Aisyah sedang khusyuk menghayati Kalamullah. Aku merasa bersyukur dipertemukan insan bernama Aisyah Humaira. Kerana dia aku mula mengenal erti sebuah persahabatan.



Al- Quran hadiah buatmu, sahabat…

Aku meminta kebenaran abi untuk pergi ke rumah Aisyah buat pertama kalinya. Aku memegang erat Al- Quran di sisiku. Entah kenapa aku nak hadiahkan Al-Quran itu kepadanya. Sampai sahaja di rumah Aisyah, ibunya mengatakan Aisyah pergi berjalan-jalan di tepi pantai. Aku mengatur langkah dengan semangat. Melihat seorang Muslimah bertudung labuh dari belakang, aku terus menerpanya. Aku memeluk erat sahabatku. “Aisyah, uhibbuki fillah abadan abada wa biiznillah ilal Jannah maan.” Aku meluahkan apa yang tersingkap di hati. Aisyah tersenyum lebar dengan kerenahku. “Hurm ana datang ni bawa hajat, boleh baca Al- Quran ni untuk ana. Ana rindu nak dengar suara merdu sahabat ana sorang ni.” Aku menghulurkan Al- Quran yang baru dibeli tadi. “Baiklah tuan puteri.” Aisyah mengambil Al- Quran yang ku hulurkan.
“Aisyah, ana takut ana tak kuat dalam perjuangan ini. Ana takut ana berubah macam dulu balik. Ana takut ana tak mampu nak pertahankan semua ini.” Aku meluahkan apa yang aku rasa. “Semangat tu datang bila hati kita ni betul-betul rasa kita ni hamba yang lemah dan perlukan pertolongan Allah. Hinakan diri dulu depan Allah, bagitahu kat Dia yang kita ni lemah. Barulah kita dapat kekuatan untuk bangun semula. Yang penting yakin dengan janji Allah.” Kata-kata Aisyah begitu menusuk ke hatiku. Petang yang sungguh indah . Alhamdulillah. Aku memegang tangan Aisyah erat berjalan di tepi pantai. Tiada sepatah kata. Bersyukur kepada Allah, di atas persahabatan dan pertemuan ini.

Tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita meminta pertolongan. Kami berlari untuk menghulurkan bantuan. Seorang lelaki tua memegang sebatang kayu yang ada paku. “Ayah, jangan!” lelaki tua itu terkejut hampir saja mahu memukul ibu Aisyah. “Aku nak duit! Bagi aku duit sekarang!” Ayahnya menengking seperti orang yang tidak waras. Aisyah terus memeluk ibunya dari dipukul. Lelaki itu seperti dirasuk terus memukul badan Aisyah tanpa rasa sedikit belas kasihan. Melihat darah mula berlumuran, aku terus menyelamatkan Aisyah. Aku pegang tangan Aisyah erat. Aku mula merasakan satu objek tajam bertalu-talu mengenai badanku. Allah, sakitnya apa yang ku rasakan ini. Aku mula rasa pening dan pandanganku menjadi kabur.

Peritnya rasa kehilangan…

Aku terbaring di atas katil ketika menyedarkan diri. “Aisyah Aisyah, ummi… Aisyah mana?” Suaraku lemah mula memanggil- manggil sahabatku. Ummi tidak mampu berkata-kata. Hanya air mata berlinangan. “Alang, rehat dulu nak… nanti abi bawa jumpa Aisyah.” Abi cuba menenangkan aku. Aku merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku. “Abi, Alang nak jumpa Aisyah..Abi tolong Alang…hati Alang tak tenteram selagi tak jumpa Aisyah..” Aku merayu sekali lagi. Betapa peritnya perasaan yang ku rasakan ini. “Alang, tabahkan hati nak.. Aisyah Humaira dan ibunya telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital. Ayahnya kena tangkap dengan polis sewaktu melarikan diri. Alang kena kuat… Allah lebih sayangkan Aisyah.” Badanku semakin longlai mendengar penerangan Abi.Air mataku berlinangan tanpa diminta. Teringat Aisyah tidak bagi mengucapkan perkataan ‘bye’ ataupun selamat tinggal seolah-seolah kita mendoakan itu adalah pertemuaan terakhir. Tetapi hari ini ajal telah memisahkan kami.

Selepas beberapa hari, aku dibenarkan keluar hospital. Sunyi. Itulah yang ku rasakan. Aku meminta abi membawaku ke pusara Aisyah. Setiap kali aku membaca Yassin, air mataku mula berlinangan. Mungkin rindukan Aisyah. Sejak dari kejadian itu, aku selalu menghabiskan petangku di tepi laut. Bagaikan aku melihat wajah Aisyah tersenyum dalam layar putih.

Pesanan terakhir….

“Ummi, Abi… Alang minta maaf sebab selalu sangat menyakiti hati ummi dan abi…Alang selalu memberontak, keras kepala.. halalkan makan minum Alang selama ini.. Doakan Alang kuat.. Andai Alang pergi dulu, Alang nak pusara Alang tepi pusara Aisyah.. Kakak, jadi anak yang baik dan solehah.. jaga ummi dan abi elok-elok.. jangan sakiti hati mereka..”. Perasaan aneh yang entah aku rasakan, adakah itu pesanan terakhirku. Kata Dr. AFif Al- Hafiz, ada pendarahan dalam otakku akibat kejadian tersebut. Buat kali kedua aku memasuki bilik pembedahan. Aku mencium tangan ummi dan abi seerat-eratnya. Bagaikan salam terakhir.

Cahaya lampu mula mengenai mataku. Aku mengucap dua kalimah syahadah. Mataku mula menjadi kabur akibat bius. Saat itu, bayangan Aisyah Humaira datang berpakaian putih sambil menghulurkan tangan kepadaku.

~THE END~

 

Bagaimana cara untuk kita mencapai roh ukhwah?
....

1) Memberitahu kepada saudara yang dicintainya.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (H R Abu Daud dan Tirmizi)


2) Berdoa untuk mereka.

Menurut riwayat Muslim bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seorang

hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu”.


3) Berjabat tangan bila bertemu.

diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah”.


4) Memberi senyuman ketika bertemu.

Hadis riwayat dari Abu Dzhar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika

engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”. (H R Muslim)


5) Mengunjungi saudara.

Dalam kitabnya Al-muwathtaa Imam Malik meriwayatkan bersabda Nabi

Muhammad s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman: “Pasti akan dapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku”.


6) Menyampaikan ucapan selamat.

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (H R Tabrani)


7) Memberi hadiah.

Imam Dailami meriwayatkan dari Anas dengan marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati”.


8) Riwayat oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang meringankan beban penderitaaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang dalam kesusahan pasti Allah s.w.t akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim

pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah s.w.t akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya (H R Muslim)


9) Tegakkan hak-hak persaudaraan.

Wajib bagi kita menunaikan hak-hak yang dimiliki saudara lain, seperti menziarahi saudara yang sakit, mendoakannya ketika bersin dan menolong bagi yang dizalimi.

.....

kaif? da rasa manis berukhwah..? belum lagi..ok, tak lengkap kan klu tak dak ayat2 cinta driNya..^^
firman ALLAH s.w.t: ~
“Dan yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman).Walaupun kau membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah dapat mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (al-anfal:63)

faaktafi bihazal qadr..semoga bermanfaat~




saat kita bergembira, ada yang menyambut ketawa, saat kita bersedih, ada yang mengalir air mata, menangisi bersama-sama..begitu juga hendaknya dalam kehidupan kita.. SAHABAT, sesungguhnya kau tiada tandingan, mahalnya sifatmu yang tidak mampu dibeli. Alhamdulillah..
Terima kasih sahabat..

Sahabat untuk selamanya, bersama untuk selamanya, kau dan aku sahabat.. selama-lamanya…..SETIA, jadilah sahabat yang setia hingga ke SYURGA.

_HHStory_:)


AnaCreateAntumRead
(o_O) 

0 comments:

Post a Comment