Tuesday 24 December 2013

Gurau senda Rasulullah S.A.W~

Assalamu'alaikum, my blog's readers..!!
didoakan semua sihat2 k..

haa, semalam ana ada janji nak ceritakan tentang kisah2 gurau senda nabi junjungan kita iaitu Muhammad S.A.W..:)


sudah jadi sunnatullah, semua orang suka bergurau kan.klu hidup ni serius ja, mesti bosan dan mendatangkan tekanan kpd kita..betul x?? mana taknya.. bayangkan, ada org buat kerja dalam keadaan serius..huuu, kita nk tegur pun takut, x pasai2 kena sound nt..kan2^^


ok, umpama pemimpin bergurau dgn pengikutnya, guru dengan muridnya, ibubapa dengan anaknya, suami dengan isterinya..haa, macm tu jugaklah Rasulullah bergurau senda dengan isteri dan sahabat2 baginda..:D


Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata bahawa ada beberapa jenis permainan yang boleh mnjadi ibadah..!

haa main pun dikira ibadah taw.. ok, firstly, bermain bersama kanak2 dengan tujuan mndatangkan kegembiraan dihati mereka.. so, layanlah kanak2 walupun kita tahu bnyak kerenahnya..hehe
secondly, bergurau dan bergelak ketawa dengan isteri.. opss, sapa yang belum kahwin, sabar ea..insyaALLAH jodoh dah ditentukan, tunggu masanya nt adalah..:)

Rasulullah mmg seorang sweet sangat2.. pernah satu ketika baginda belumba lari dengan siti Aisyah, yakni isteri beliau.. padahal ketika itu siti Aisyah berumur 16 tahun.. comel kan..??


nak lagi..?? ok, suatu hari, ada beberapa org Habsyah sdg bermain-main pedang dan memukul gendang. Hari itu ialah hari Asyura. siti Aisyah dapat mendengarnya dari rumah. lantaran, rasulullah pun bertanya kpd siti Aisyah, "kamu hendak melihat org itu bermain?" jawab Aisyah: ya rasulullah. kemudian Rasulullah pun pergi ke muka pintu rumahnya dan berdiri di tengah-tengah pintu sambil kedua-dua tangan baginda memegang pintu tersebut. baginda memanggil orang2 Habsyah itu supaya bermain di halaman rumahnya..


Siti Aisyah pun berdiri di belakang Rasulullah sambil meletakkan dagunya di atas tangan Rasulullah. setelah beberapa lama, rasulullah pun berkata "sudah" siti Aisyah tidak menjawab.. Akhirnya, setelah beberapa lama, Rasulullah bertanya kembali, "sudahkah wahai Aisyah" ..barulah siti Aisyah menjawab.." ya Rasulullah" maka, rasulullah pun menyuruh orang2 Habsyah itu pergi..


wah..! Rasulullah mmg ikutan dan teladan yang baik.. :) tapi, kenapa zaman sekarang ramai lelaki di luar sana x pernah menghargai isteri2 mereka..?? hmm, pelik kan.. ? so, para lelaki soleh di luar sana, bila dah ada isteri nt, jaga lah elok2.. jgn biarkan isteri2 anda merasa kesal bila melangkah ke alam rumahtangga..peace..:)


jadikan Rasulullah ikutan terbaik dalam kehidupan seharian kita..sampailah roh dipisahkan dr jasad..ok?

setakat ni sahaja, jumpa lagi di entry akan datang.. wasalam..**

ana create antum read.

(o_O)



0 comments:

Post a Comment