Thursday 30 January 2014

HATIKU mati?? Na'uzubillah

assalamu'alaikum..
dah lama tak post kat blog ni, dah bersawang dah..

welcome back..! ~ok, nk buang sawang kat blog~

Entry kali ni, nak berkongsi soal hati.



MY HEART~

HATI? hati mudah pecah, mudah dirobek, disiat.. sakitnya sampai ke mati. ya ka? itulah sekeping hati yang hakikatnya lemah. kata murabbi ana, ''kita tak mampu mengawal hati orang lain, hanya kita yang mampu mengawal hati kita sendiri.'' pesannya, jagalah hati masing-masing. 


HATI kalau kita biarkan, lama-lama dia akan berkarat. hakikat hati ini perlu dicuci dan disiram dengan air tiap-tiap hari. pesan Iman Ghazali: '' carilah hatimu pada 3 tempat: 1>temui hatimu sewaktu bangun membaca al-quran, tapi jika tidak kau temui, 2> carilah hatimu ketika mengerjakan solat, jika tidak kau temui juga, 3>carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana, hakikatnya pada ketika itu kau tidak punyai HATI"


nampakkan, bahawa hati kita selalu sakit..hati-hati dalam menjaga hati. hati yang kotor, mudah dicuci, tapi sekali hati disakiti, kesannya sampai ke mati. pernah dengar tak lagu Opick? dalam lirik lagunya, ada menyatakan, ubat hati ada 5 perkara:

1) baca quran dan maknanya
2) solat malam
3) berdamping dengan orang soleh
4) perbanyakkan puasa
5) selalu berzikir, lazimilah zikir 'ya latif' supaya dilembutkan hati. tak punyai dendam dengan orang sekeliling kita.




 jom jaga HATI..!


saat lemah mintalah padaNya.. :)

.......

A: awak, saya rasa, saya dah mula sayang kat awak.

B: ye, alhamdulillah..
A: eh, awak ok ke? sejak saya kenal awak, saya tak pernah rasa awak ni jahat, selalu baik dengan semua orang. tak pernah nampak cacatnya awak dalam setiap layanan awak terhadap orang sekeliling.
B: baguslah, nak tak nak, awak tetap kena sayang saya. hee
A: kenapa pulak? saya takut sebab saya tahu awak baik. tak macam saya. ~saya harus terima hakikat tu.
B: tak, awak boleh jadi baik macam saya, sebab saya milik awak.. yakinlah..:)
A: ........ 
B: can you hear my 'lub' 'dups'..~
A: ........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
A: saya B: hati saya :)
sebenarnya, hati kita ni baik kan..?.. :D

mari berdoa.:

''ya ALLAH, yang membolak balikkan hati ini, tetapkanlah kami dalam agamaMU dan ketaatanMU..'' ameen..:)


ok, jumpa lagi..:)


ana create antum read

(o_O)

0 comments:

Post a Comment