Wednesday 1 January 2014

NEW YEAR 2014 ^^

TAHUN BARU 2014

fuh..! adakah tahun ini menjadi tahun yang banyak memberi kebaikan atau keburukan?..ha.. itu bergantung kepada diri kita sendiri. kita yang perlu mencorak dan menghiasi tahun baru ini dengan azam.. sematkan dalam diri kita apa yang baik buat kita, rancanglah dengan baik. :)

alhamdulillah, tahun baru ni menjadi satu tahun yang ''paling bermakna'' buat diri ana. seperti tahun-tahun sebelum ni juga. banyak yang ana pelajari dari family2 ana.. haha.. bnyak pulak family.. ya la kan, sahabat2 ana pun family ana juga.. target ana tahun lepas, kutip segala pengalaman, pengajaran yang boleh mendidik diri ini.. syukur, ana dapat banyak pengalaman yang telah mentarbiyah diri ana.


~SANAH JADIDAH~

susahnya nak maintain atau istiqamah dengan perkara2 kebaikan..?? ish2, xda susahnya pun kalau kita sendiri mahukan kebaikan itu sebati dalam diri kita. macam orang lain cakap, 'mahu dan tak mahu' ja menjadi titik permulaan perjalanan kita. nak istiqamah dengan amalan yang berat2 memang susah, tapi perlukan latihan. pada peringkat awal, cuba untuk kita istiqamah dengan amalan yang mudah dan tidak membebankan.. andai dah sebati, teruskanlah dengan amalan yang 'syadid' sikit.. ok, contoh amalan yang mudah kita untuk istiqamah ialah zikir.. tak kisahlah zikir apa pun, zikir 7 ke, selawat ke, istighfar ke, asalkan kita istiqamah untuk lakukan tiap2 hari.. tak susah kan?


sabda rasulullah S.A.W: ": Amalan yang paling disukai Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit.” (HR Bukhari dan Muslim)


so, keep it up.. jangan mudah putus asa..ingat..! umat islam tak pernah ada perkataan 'putus asa' dalam kamus hidupnya.. setiap ujian yang datang, ada hikmah disebaliknya.. ujian itu menguatkan bukan melemahkan..:)


Tahun baru, ada yang mengira umur yang semakin naik, risau jadi tua sebab dah tak cantik,

dah tak bimbang ke dengan mati yang semakin dekat, baik kita cepat2 bertaubat..:)
"سنه حلوة، سنة جديدة على جميع الأهل وكل سنه وأنتم سالمة، كل عام وأنتم بخير"

setakat ini dulu, wasalam..:)


ana create antum read.
(o_O)

0 comments:

Post a Comment